Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Tuesday 16 February 2016

ZAMAN UMAYYAH DI ANDALUSIA (661M-750M)

v Andalusia ialah istilah yang digunakan oleh ahli geografi Islam abad pertengahan, merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia yang meliputi Portugal dan Sepanyol moden.

v Penduduk di wilayah ini terdiri dari suku kaum Eropah dan kaum Berber.

v Orang-orang Phonecia telah menubuhkan kerjaan di Andalus diikuti orang Romawi dan Visigoth sehingga kedatangan Islam pada tahun 92H/711M.

v Tentera Islam di bawah pimpinan Tariq bin Zayid dan Musa bin Nusair telah memulakan lembaran baru di Andalus.

v Kecemerlangan Andalus di bawah pemerintahan Islam berlangsung hampir 8 abad, bermula dari kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai Andalusia pada tahun 711M sehingga kerajaan Nasriyyah atau Bani Ahmar mengakhiri pada tahun 1492M.

v Keunikan kedudukan Andalus, ditambah dengan kepelbagaian bangsa dan agama ketika pemerintahan Islam dan kecemerlangan ilmu yang berlaku telah menyebabkannya menjadi begitu penting dalam melihat sumbangannya terhadap ketamadunan dunia moden.

v Ilmu-ilmu seperti matematik,fizik, astronomi dan lain-lain pernah berkembang dengan pesat di Andalus.

v Nama-nama seperti Maimonides (1135M-1205M) seorang ahli teologi, pernah terkenal di Andalus semasa pemerintahan Islam, walaupun asalnya beliau adalah seorang Yahudi.

v Ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang pesat dengan munculnya tokoh dalam kalangan umat Islam.


v Ibn Rushd (1126M-1198M) yang dapat berdialog mempertahankan idea-idea Islam dengan golongan Yahudi dan Kristian yang dipimpin oleh Tomas Aquinas (1225M-1274M).

No comments:

Post a Comment