Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Thursday 21 January 2016

Monday 11 January 2016


PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

  1. Diasaskan oleh Muawiyah b. Abi Sufian b.Harb b. Umayyah
  2. Namanya diberi sempena nama moyang Muawiyah
  3. Muawiyah memeluk islam bersama keluarganya semasa pembukaan Mekah
  4. Pernah dilantik sebagai jurutulis Rasul
  5. Dizaman Umar beliau dilantik sebagai gabenor Syam
  6. Setelah Uthman dibunuh, Ali telah dilantik sebagai Khalifah
  7. Ali memecat Muawiyah daripada jawatan gabenor Syam
  8. Muawiyah bangkit menentang Ali
  9. Berlaku peperangan Siffin antara Ali dengan Muawiyah yang membawa kepada Majlis Tahkim.
  10. Muncul golongan Khawarij iaitu pengikut Ali yang tidak bersetuju dengan Majlis Tahkim.
  11. Golongan Khawarij telah membunuh Saidina Ali.
  12. Golongan Syiah dan penduduk Kufah melantik Hassan sebagai Khalifah.
  13. Bagi mengelak peperangan Hassan telah menyerahkan jawatan tersebut kepada Muawiyah dengan syarat: 
          a. Muawiyah mestilah memerintah berdasarkan Al-Quran dan Hadis
         b. Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga Nabi.
         c. Pemilihan Khalifah selepas Muawiyah dibuat menerusi mesyuarat atau Majlis                        Syura.
Pengenalan ringkas tentang Kerajaan Bani Umayyah 


Masjid Cordova


Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama ?
 F1 Muawiyah bin Abu Sufyan

 Di manakah pusat pemerintahan kerajaan Umaiyah tahap pertama ? 
F1 berpusat di Damsyik

 Siapakah pengasas kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua ?
 F1 Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul Rahman I

 Di manakah pusat pemerintahan kerajaan Umaiyah tahap kedua ?
 F1 berpusat di Cordova
 F2 ibu kotanya ialah Andalusia

 Senaraikan dua sumbangan pemerintahan kerajaan Umaiyah dalam bidang politik.
 F1 sistem khalifah
 F2 sistem Wazarah
 F3 sistem urusetia
 F4 sistem Hijabah
 F5 penubuhan empat buah jabatan
 F6 memperkemaskan sistem ketenteraan 

Thursday 7 January 2016


Assalammualaikum w.b.t ,Kami kumpulan SinarCahaya2d ingin berkongsi tentang cerita cerita ketika Zaman Kerajaan Bani Umayyah. Kumpulan kami mempunyai lima orang ahli iaitu Wan Nur Atiqah, Nur Fatihah Safirah, Nur Hidayah, Mas Ayuvita dan Munirah. Blog ini dicipta khas untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh Ustaz Taufik dalam subjek CTU151 kepada kelas kami iaitu BM111 2D. Kami adalah pelajar UiTM Lendu,Alor Gajah,Melaka yang mengambil kursus Pengajian Perniagaan.Kami berharap bahawa Blog ini dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang Kerajaan Bani Umayyah pada umunya. Sekian, Terima Kasih. Wassalam.