Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Tuesday 16 February 2016

Perkembangan kesenian Islam pada zaman Kerajaan Bani Umayyah

Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah
Masjid Cordova
Pada zaman perkembangan kesenian Islam di Sepanyol sejak pembukaannya, ianya bolehlah dianggap sebagai tahap pembinaan tamadun Islam di Sepanyol. Dalam jangka masa itu terbinalah Masjid besar di Cordova yang mula dibina oleh Abd Al-Rahman Al-Dakhil, yang diperluas dan diperindahkan oleh Abd. Al-Rahman II, Al-Hakam dan Al-Mansur. Ianya dibina sebegitu rupa sehingga dikagumi seluruh dunia. Kehalusan seni binanya amat menakjubkan sehingga pernah disifatkan sebagai "Keajaiban Seni bina Dunia". Kos pembinaanya adalah sebanyak 80,000 dinar yang berukuran 360 x 270 kaki.
Mimbar masjid ini diperbuat daripada gading dan kayu yang berharga serta dilekatkan dengan paku-paku emas. Disamping itu juga, ia mempunyai 1000 buah lampu yang ditengah-tengahnya mempunyai air pancut.
Madina Az- Zahra', Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah
Madinah Az Zahra'
Selain dari Masjid Cordova pembinaan Madinah al-Zahra’ oleh Abd Rahman III juga dianggap sebagai salah satu seni bina Islam sepanyol yang mengkagumkan. Walaupun bandar ini telah runtuh tetapi para pakar arkeologi berpendapat bahawa  bandar istana ini mempunyai seni bina yang menarik berupa benteng-benteng pertahanan yang dibina pada zaman Bani Umayyah Sepanyol. Sehingga ke hari ini Madinah al-Zahra’ masih lagi berada di dalam pemantauan pakar arkeologi dan sememangnya dibuka sebagai salah satu tempat tarikan pelancong di Sepanyol. 


Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah
 Senibina Air Pancut di Granada
Kemuncak seni bina Islam Sepanyol boleh dilihat pada pemerintahan Kerajaan al-Nasriyyah di Granada. Ini kerana pencapaian masyarakat Islam Granada dalam tamadun sememangnya terserlah kepada kejayaan gemilangnya dalam kesenian. Senibinanya lebih mengutamakan keindahan hiasan dalaman sesuatu binaan berbanding hiasan di bahagian luaran Antara bahan yang digunakan untuk binaan hiasan seni ukir dalaman ini ialah batu-bata, jubin, plaster, tembikar, kayu, tembaga besi dan batu marmar. Pembinaaan kolam dan pancutan air pula bagi melambangkan identiti dalam konsep kesenian Islam di Granada.

Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah
Ukiran Kaligrafi pada tiang bangunan
Mozek juga digunakan dengan meluas terutama di masjid-masjid, istana sultan dan rumah para pembesar serta tempat-tempat mandi awam. Selain itu seni kaligrafi juga digunakan secara meluas sebagai hiasan dalaman sesuatu binaan di Granada. Ianya talah memainkan peranannya dalam menonjolkan bentuk dan nilai estetika melalui ukiran tulisan yang berasaskan ayat-ayat al-Quran ungkapan kesusasteraan dan puisi-puisi Arab.


Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah

Ukiran tulisan-tulisan ini digunakan untuk menghiasi dinding bangunan, jubin, pelbagai jenis tembikar tekstil dan sebagainya. Semua seni ukiran ini diilhamkan melalui imaginasi pengukir kalighrafi terhadap tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan geometri.


Bani Umayyah, Bani Umaiyah, Peta Andalusia, Kerajaan Bani Umayyah, Senibina Andalusia, Senibina Bangunan Menakjubkan, Sejarah dan Tamadun Islam, Zaman Banu Umayyah
Istana Al Hambra
Perlu diberi perhatian bahawa kesenian Islam Granada ini amat unik, menakjubkan istimewa dan dianggap sebagai kemuncak kepada keagungan kesenian Islam di Andalus. Buktinya dapat dilihat melalui pembinaan seni bina istana Alhambra’. Alhambra merupakan sebuah bangunan yang sangat indah yang terletak di atas sebuah bukit Sierra Nevada di pinggir kota Granada yang mana ianya dipenuhi dengan hiasan berwarna emas dengan reka bentuk yang sangat menakjubkan dan pernah dianggap sebagai bangunan yang paling indah di dunia.

No comments:

Post a Comment