Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Tuesday 16 February 2016

KEDATANGAN ISLAM DI ANDALUS

§  ~Benua Afrika, terutama Afrika utara merupakan daerah yang penting dalam kaitannya dengan Andalus dan juga penyebaran Islam di Eropah.

§  ~Ia merupakan pintu gerbang kepada masuknya Islam ke wilayah yang selama berabad-abad lamanya di bawah kekuasaan Kristian.

§  ~Para sejarawan sepakat menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Andalus adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad yang telah memimpin pasukan tentera menyeberangi lautan Gibraltar menuju ke semenanjung Iberia itu.

§  ~Pasukan Islam yang hanya berjumlah 7000 orang itu perlu berdepan dengan tentera Visigoth yang berkekuatan 100,000 tentera lengkap bersenjata.

§ ~ Lalu bagi meningkatkan semangat dikalangan pasukan Islam, Tariq ibn Ziyad dikatakan mengarahkan agar kapal mereka dibakar dan beliau berpidato.

§ ~ Kalimat terkenal ini dikobarkan oleh Tariq bagi menaikkan semangat pasukan tentera Islam dan tercatat dalam sejarah penyebaran Islam ke Andalus di mana akhirnya tentera Visigoth tidak mampu melawan semangat pasukan jihad tentera Islam.

§  ~Ketika Andalus di bawah pemerintahan Rom, mereka telah membawa masuk orang-orang Yahudi yang mengakibatkan berlaku ketegangan antara orang Yahudi dan Kristian dan mereka sering berebut menduduki takhta pemerintahan.

§ ~ Ini telah melemahkan kerajaan Andalus sehingga memberi peluang untuk Islam menakluki rantau itu.

§ ~Kemenangan tentera pimpinan Tariq bin Ziyad telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai Andalus sehingga Tariq dapat meneruskan penguasaan ke atas Cordova dan Toledo.

§  ~Sejak itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalus dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah di Andalus.

§  ~Seramai 20 ornag Gabenor telah mentadbir Andalus dari tahun 718M-756M.
§  Gabenor yang pertama ialah Abdul Aziz ibn Musa ibn Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf ibn Abdul Rahman al-Fihri.

§  ~Sejak dari itu, kemenangan demi kemenangan dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan penguasaan Islam di bumi Eropah termasuk bandar Zaragoza, Leon dan beberapa buah bandar lain.


§ ~ Pemerintahan Andalus terus kekal di bawah penguasaan kerajaan Bani Umayyah, walaupun Kerajaan Bani Abbasiyyah telah mula bertapak dan bertapak dan berpusat di kota Baghdad bermula pada tahun 132H/750M.

No comments:

Post a Comment