Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Tuesday 16 February 2016


PENYEBARAN TAMADUN ISLAM KE EROPAH

ü Kecemerlangan tamadun Islam bukan sahaja membawa kemajuan di negara Islam Andalus malahan ia merbak dan menerangi negara-negara Eropah di sekitarnya sehingga diberi jolokan The torch of  Europe.

Jalan penyebaran Tamadun Islam ke Eropah:

a.     Peranan orang-orang Mozarab
Ø Panggilan kepada masyrakat Kristian
Ø Musta’ribun bermaksud orang-orang yang diarabkan
Ø Orang-orang Mozarab memainkan peranan yang amat penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan Islam ke Eropah
Ø Bible terpaksa diterjemahkan dalam bahasa Arab supaya boleh dibaca oleh orang Kristian

b.     Hubungan Diplomatik
Ø Wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan Andalus kerana berhasrat memajukan Eropah setanding dengan Andalus
Ø Menurut Petter, Elizabeth sepupu kepada Louis keempat dari Perancis dan Putera Dubant dari England sementara Jerman pula menghantar perutusan diketuai oleh menterinya bernama Williams pada masa pemerintahan Hisham I, Putera Phillips telah menghantar pelajar-pelajarnya mempelajari teknik dan methodologi

c.      Aktiviti penterjemahan
Ø Toledo merupakan pusat gerakan penterjemahan telah melahirkan ramai cendiakawan yang berjaya
Ø Banyak sekolah dan Universiti wujud di sekitar Andalus
Ø Buku “Al –Jadual al- Falaki” karangan Al-Khawarizmi diterjemahkan oleh Adelard of  Bath
Ø Penulisan Al-Kindi mengenai “kaji cuaca” telah dikaji secara terperinci oleh Roger Bacon
Ø Ibnu Khaldun merupakan pemikir sosiologi yang ulung

d.     Pembukaan Pulau Sicily
Ø Memainkan peranan yang penting dalam pemindahan Ilmu ke Barat. Faktor yang mempercepatkan proses keilmuan:
§  Guru-guru yang mengajar disekolah dikecualikan dari pemindahan tentera
§  Peranan pemerintah yang turut mencintai ilmu dan berusaha memperkembangkannya
§  Secara kebetulan pada zaman pemerintahan di Sicily pada abad ke-10 Masihi dan 11 Masihi, Qairawan telah muncul sebagai pusat kegiatan ilmu intelektual di Afrika Utara.

e.      Peranan Toledo dan Seville
Ø Memainkan peranan penting dalam pengaliran tamadun Islam di Eropah
Ø Toledo ditawan oleh Alfonso vi dari Castile pada tahun 478 hijrah/1085masihi
Ø Ramond I yang menjadi Archbishop Toledo merupakan orang pertama yang mendirikan Bahasa Latin

Ø “Order of  Preachers” telah menubuhkan Oriental Studies di Toledo

No comments:

Post a Comment