Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Sunday 14 February 2016

Faktor Kegemilangan Bani Umayyah semasa Pemerintahan 'Umar bin 'Abd al-'Aziz.

1. Menghentikan perang terhadap orang-orang kafir ataupun musuh-musuh khalifah Umayyah dan menggantikannya dengan seruan dakwah serta nasihat secara bijaksana. Kumpulan-kumpulan penentang yang terdiri dari Khawarij,Syiah dan lain-lain dan diajak berunding secara berdepan bagi menyelesaikan persengketaan sesama Islam.

2. Ketegasan 'Umar b. 'Abd al-'Aziz dalam memastikan pentadbiran yang cekap dengan memecat dan menggantikan pembesar-pembesar dan pegawai-pegawai yang zalim dan tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Antara yang dipecat ialah Usamah bin Zayd al-Tanukhi yang bertugas di Mesir,Yazid b. Abi Muslim (Afrika),Salleh b. 'Abd al-Rahman (Iraq) dan al-Harith b. 'Abd al-Rahman al-Thaqafi (Sepanyol).

3. Pelaksanaan hukuman yang adil dengan tidak meluluskan hukuman-hukuman jenayah seperti hukuman bunuh,potong tangan dan sebagainya kecuali mendapat persetujuan dan dihalusi oleh khalifah sendiri.

4.Percambahan ekonomi negara yang berada di tahap tertinggi sebagai kesan daripada penyamaan taraf orang Islam dari semua golongan dan membuang perbezaan darjat agar semua urusan pentadbiran negara Islam lebih berdaya saing dan berlumba ke arah kemajuan ekonomi
(al-Sallabi,2006).

Pemerintahan Umar b. Abd Aziz semakin efektif dan efisien melalui pencegahan kerosakan dalam pentadbiran seperti :
  • memberi elaun yang lumayan
  • mencegah penipuan
  • melarang penerimaan hadiah
  • melarang membazir
Beliau juga mengamalkan sistem pembahagian kerja yang teratur dalam pentadbiran di bawah 4 induk utama :
  • Wilayah
  • Kehakiman
  • Kewangan negara
  • Ketua negara


Sumber buku: Tamadun Islam , Pemikiran & Sejarah Perkembangan

Muka surat : 241-242

No comments:

Post a Comment