Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Tuesday 16 February 2016

PENDIDIKAN

Image result for buku zaman bani umayyah

Image result for buku zaman bani umayyah
ü Islam memandang tinggi terhadap ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang amat penting.

ü Hal ini dibuktikan kepada ajaran-ajaran Islam yang berlandaskan kepada Al-Quran dan As-Sunah.

ü Islam menyuruh manusia supaya menuntut ilmu agar mudah mentadbir alam.

ü Bagi kerajaan bani umaiyah ilmu pengetahuan merupakan bidang yang terpenting walaupun tiada sistem pendidikan yang percuma, namun amatlah digalakkan oleh kerajaan bani umaiyah.

ü Salah satu komitmen bani umaiyah terhadap penduduknya ialah dengan mendirikan masjid-masjid sebagai tempat menimba ilmu.

ü Sistem pendidikan yang diamalkan oleh kerajaan bani umaiyah terbahagi kepada 3 tahap.

ü  Iaitu tahap rendah yang diajar membaca Al-Quran dan tatabahasa Arab yang 
ditempatkan di masjid-masjid. Murid-murid juga diajar menggunakan pena dakwat malah guru-guru tidak dibayar gaji tetapi menerima elaun daripada murid-muridnya.

ü Khalifah al-Walid sebagai contoh, telah membangunkan masjid dan sekolah-sekolah tinggi diseluruh wilayah. Ia dilihat memberi sumbangan besar terhadap pencapaian kemajuan bidang pelajaran dan pendidikan serta perkembangan kesusasteraan dan kebudayaan pada zaman al-Walid.

ü Peringkat menengah pula diajar secara persendirian dan tiada sukatan pelajaran yang tertentu.  Mereka diajar ilmu matematik, falak, astronomi dan lain-lain.Mereka yang layak akan diberi diploma atau ijazah.

ü Di peringkat yang lebih tinggi pula diwujudkan pengajian secara informal yang dikendalikan oleh para profesor yang berpusat di Cordova serta Toledo. Kedua-dua tempat ini merupakan pusat menuntut ilmu dikalangan masyarakat barat dan Eropah.

ü Terdapat kemudahan yang disediakan di sini termasuk buku-buku rujukan dan alat tulis.

ü Berhampiran dengan Cordova terletaknya sebuah kilang kertas yang menjadikan pembekal utama keperluan institusi pendidikan pada masa itu.

ü Sebahagian dari bekalan yang lain pula diimport dari negara China.


No comments:

Post a Comment