Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Tuesday 16 February 2016


Image result for kebudayaan dan intelektual zaman bani umayah

KEBUDAYAAN DAN INTELEKTUAL
  • Kerajaan Bani Umaiyyah amat terkenal dengan perkembangan pengaruh kebudayaan dan turut menjadi tumpuan para intelektual serta telah melahirkan para cerdik pandai yang cukup disegani hingga ke hari ini.
  • Dari segi intelektual, bidang yang maju berkembang ialah bidang syariah yang membahaskan hokum-hukum Islam bersandarkan kepada Al-Quran dan al-Hadith serta Ijmak dan Qias.
  • Zaman ini telah melahirkan para ulamak dari pelbagai aliran atau mazhab utama dalam Islam seperti Mazhab Sunni, Syiah, Khawarij, Mu’tazilah, Zahari dan Awza’ie.
  •   Ilmu-ilmu lain seperti hadis, tafsir, dan ilmu kalam turut diperkembangkan dan diajar.
  • Kajian dalam bidang duniawi juga tidak ketinggalan di mana para ilmuwan telah pun mengkaji ilmu falsafah, perubatan, astronomi, dan matematik iaitu pada zaman Al-Hakam II.
  •  Pada zaman ini, berlaku perkembangan ilmu pengetahuan secara langsung dengan kelahiran tokoh-tokoh dalam bidang kepakaran tersendiri.
  •  Antaranya ialah ilmu qira’at(Ibnu Katsir), ilmu tafsir(Ibnu Abbas), ilmu hadith(Hasan Al-Basri) dan ilmu-ilmu lain seperti kimia dan perubatan, sejarah dan geografi serta ilmu Nahu(tatabahasa Arab).
  • Berlaku perkembangan pemikiran yang melahirkan mazhab-mazhab dalam ilmu kalam seperti Mujri’ah, Mu’tazilah, Syiah, Khawarij. Ini berlaku pada suku kedua pemerintahan Umawi.
  •  Pada peringkat ini, mereka menggunakan logik semulajadi berasaskan persoalan dan perbandingan .
  •   Dalam bidang sastera, Suhar Ibn al-Abbas al-Abdi merupakan penulis awal. Beliau telah menghasilkan buku berjudul al-Amthal(bidalan).
  •  Penulis sastera yang lain ialah Ziyad Ibn Abih, Alaqah Ibn Karim al-Kilabi serta Ubaid Ibn Syiryah.
  •   Ilmu tatabahasa Arab ditulis oleh Abu al-Aswad ad-Du’ali.
  •   Dalam ilmu syariah, Urwah Ibn al-Zubair dan Sulaiman Ibn Qais al-Hilali telah menulis kitab-kitab fiqh dalam mazhab syiah.
  •  Ikrimah dalam bidang tafsir al-Quran, Makhlul al-Syami Kitab al-Sunan Fi al-Fiqh dan kitab al-Masa’il fi al-Fiqh serta Abdullah Ibn Amir al-Yahsubi menulis kitab Maqtu’ al-Quran wa Mausuluh dan kitab Ikhtilaf Masahif al-Syam wa al-Hijaz wa al-Iraq.
  •   Khalifah Umar Abd Aziz mencadangkan Muhammad Ibn Syahab al-Zuhri mengumpulkan hadith-hadith Rasulullah .
  •  Bahasa arab telah diajdikan bahasa ilmu pengetahuan dan digunakan secara meluas dalam bidang keagamaan.
  • Dalam bidang kesusateraan pula, Bani Umayyah telah melahirkan ramai para sasterawan dan penyair. Pelbagai bentuk sajak dan syair dapat diilhamkan.
  • Antara tokoh sains perubatan yang terkenal ialah Ibnu Sina atau Avicenna. Beliau telah berjaya mewujudkan sistem sains yang telah bertahan selama beberapa kurun. Contoh karyanya ialah kitab al-Shifa iaitu kaedah penyembuhan penyakit.
  •  Falsafah Islam telah mencapai kepada kemuncaknya dalam zaman Ibnu Rusyd, Ibnu Bajjah dan lain-lain.
  • Kisah-kisah yang berunsurkan binatang telah mula menular di kawasan Eropah dan melahirkan kisah seperti Renard, Bocaccacio dan Chauser.

No comments:

Post a Comment