Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Sunday 14 February 2016

Image result for sistem syura dalam islam

Politik dan pentadbiran

*      Sebaik sahaja Muawiyah dilantik sebagai khalifah, pelbagai masalah timbul dan terpaksa dihadapi oleh Muawiyah
.
*      Umat Islam telah berpecah kepada beberapa puak iaitu diantaranya puak Syiah yang dianggap paling berbahaya.

*      Terdapat juga tokoh-tokoh lain yang berpengaruh daripada keturunan Quraisy seperti Abdullah bin al-Zubir dan al-Husain bin Ali.

*      Puak Khawarij juga dianggap bahaya kerana telah menunjukkan penentangan terbuka terhadap Muawiyah dalam perang Siffin.

*      Penghalang kepada satu jalan penyelesaian yang menyeluruh ialah matlamat politik yang sangat kompleks dan berbeza-beza.

*      Namun begitu ia bukan penghalang untuk Muawiyah menyelesaikan masalah tersebut.
Dengan kesabaran dan kepintaran beliau segala masalah tersebut dapat diselesaikan.

*      Antara langkah yang diambil oleh Muawiyah ialah mengadakan perbincangan dan usaha damai secara meluas untuk mencapai satu kata sepakat.

*      Selain itu, beliau juga menunjukkan penghormatan terhadap tokoh-tokoh Quraisy dan tokoh-tokoh lain yang sudah berpengaruh tanpa menunjukkan permusuhan terhadap mereka.

*      Setiap rancangan kerajaan akan dilaksanakan hanya jika terdapat tentangan atau bantahan.

*      Beliau juga menjauhkan diri daripada kumpulan pemberontak Quraisy dibawah pimpinan Abdullah bin Al-Zubair.

*      Beliau telah berjaya melaksanakan rancangannya untuk mendamaikan masyarakat dan mengukuhkan lagi pemerintahan Bani Umaiyah.

*      Muawiyah terpaksa memindahkan pusat pemerintahan Islam dari Madinah dan Kufah ke Damsyik.

*      Ini dianggap penting kerana terdapat sokongan yang kuat terhadap kerajaan bani Umaiyah di Damsyik.

*      Dengan ini pengawalan terhadap urusan pentadbiran pusat mudah dilakukan.

*      Satu angkatan tentera juga telah ditubuhkan oleh Muawiyah yang dianggotai oleh penduduk Syam yang digelar Jundi.. mereka memainkan peranan penting dalam mengawal keselamatan dan keamanan pemerintahan bani Umaiyah terhadap setiap ancaman dari dalam atau luar negara

No comments:

Post a Comment