Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Tuesday 16 February 2016

PERINGKAT KECEMERLANGAN ISLAM DI ANDALUSIA

  • Bermula pada zaman pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil(138H/756M)
  • Berlangsung dalam 2 peringkat pentadbiran yang penting iaitu peringkat pertama ialah era kepimpinan Umayyah yang memerintah tanpa campur tangan asing dan peringkat kedua merupakan era pemerintahan Umayyah yang tidak dipengaruhi oleh kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dari segi politik bersama semangat rohnya.
  • Abdul Rahman al-Dakhil telah memberi kemajuan dalam ketamadunan Andalusia.
  • Hisham merupakan pemimpin yang mengungguli syariah Islam manakala hakam didapati banyak memberi sumbangan dalam aspek ketenteraan.
  • Zaman Abdul Rahman III juga dikenali juga dengan nama Abdul Rahman al-Nasir.
  • Terdirinya pusat kecemerlangan ilmu iaitu Universiti Cordova memperlihatkan kejayaan pemerintahan beliau.

No comments:

Post a Comment