Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Sunday 14 February 2016

Image result for tentera bani umayyah

     SISTEM KETENTERAAN

§  Bani Umaiyah berjaya memperluaskan daerah kekuasaan Islam ke berbagai penjuru dunia termasuk Sepanyol(Andalusia), Afrika Utara, Palestine, seluruh semenanjung Arab, Iraq, sebahagian kecil Asia, Parsi, Afghanistan, Pakistan, Uzberkistan, Kryrgistan.

§  Kerajaan Bani Umaiyah mempunyai barisan tentera yang kuat iaitu sebanyak 3 markas di utara, tengah dan selatan. Al-Hakami telah membentuk satu pasukan tentera upahan(murtaziqah) yang kuat hasil gabungan tentera Saqalibah(Slavs), Frank dan lain-lain termasuk orang Negro dan Barbar.

§  Kerajaan ini juga mempunyai tentera sukarelawan yang berperang untuk menegakkan agama Islam.

§  Selain itu, terdapat juga golongan yang ketiga iaitu tentera biasa yang dianggotai oleh semua kaum (Mahayudin Haji Yahaya).


No comments:

Post a Comment