ZAMAN UMAYYAH DI
ANDALUSIA (661M-750M)
v Andalusia
ialah istilah yang digunakan oleh ahli geografi Islam abad pertengahan, merujuk
kepada wilayah pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia yang meliputi Portugal
dan Sepanyol moden.
v Penduduk
di wilayah ini terdiri dari suku kaum Eropah dan kaum Berber.
v Orang-orang
Phonecia telah menubuhkan kerjaan di Andalus diikuti orang Romawi dan Visigoth sehingga
kedatangan Islam pada tahun 92H/711M.
v Tentera
Islam di bawah pimpinan Tariq bin Zayid dan Musa bin Nusair telah memulakan
lembaran baru di Andalus.
v Kecemerlangan
Andalus di bawah pemerintahan Islam berlangsung hampir 8 abad, bermula dari
kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai Andalusia pada tahun 711M sehingga
kerajaan Nasriyyah atau Bani Ahmar mengakhiri pada tahun 1492M.
v Keunikan
kedudukan Andalus, ditambah dengan kepelbagaian bangsa dan agama ketika
pemerintahan Islam dan kecemerlangan ilmu yang berlaku telah menyebabkannya
menjadi begitu penting dalam melihat sumbangannya terhadap ketamadunan dunia
moden.
v Ilmu-ilmu
seperti matematik,fizik, astronomi dan lain-lain pernah berkembang dengan pesat
di Andalus.
v Nama-nama
seperti Maimonides (1135M-1205M) seorang ahli teologi, pernah terkenal di
Andalus semasa pemerintahan Islam, walaupun asalnya beliau adalah seorang
Yahudi.
v Ketika
itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang pesat dengan munculnya
tokoh dalam kalangan umat Islam.
v Ibn
Rushd (1126M-1198M) yang dapat berdialog mempertahankan idea-idea Islam dengan
golongan Yahudi dan Kristian yang dipimpin oleh Tomas Aquinas (1225M-1274M).
No comments:
Post a Comment