ZAMAN UMAYYAH (40-132/661-750)
~Muawiyah mendapat jawatan khalifah dari Hassan bin Ali pada tahun 40 hijrah. Hassan bin Ali dilantik menjadi khalifah oleh penduduk Kufah menggantikan bapanya Ali bun Abi Thalib yang terbunuh ditangan puak Khawarij.
~Untuk memulihkan perpaduan umat Islam, beliau bersetuju menyerahkan jawatan tersebut kepada Muawiyah dengan syarat:
i) Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah.
ii) Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga Rasulullah SAW (ahlul bayt).
iii) Pemilihan jawatan khalifah selepasnya dibuat melalui majlis syura.
~Perlantikan Muawiyah ini dengan sendirinya menandakan tamatnya proses perlantikan khalifah melalui sistem syura. Ia terbukti apabila perlantikan khalifah - khalifah Bani Umayyah selepas itu adalah melalui sistem pewarisan atau monarki.
~Kerajaan Bani Umayyah menguasai kerajaan Islam kira - kira 90 tahun (40-132H/661-750M) dengan menjadikan Damsyik sebagai pusat pemerintahannya.
~Pada peringkat awalnya kerajaan Bani Umayyah sangat mementingkan orang Arab dalam pemerintahannya. Ianya dapat dilihat dari sudut penjawatan dalam pentadbirannya yang dikuasai para pegawai dari keturunan Arab.
~Justeru tidak menghairankan apabila corak peradaban yang dihasilkan pada zaman ini juga berlatarkan peradaban Arab.
~Pemerintahan terkemudian dari Bani Umayyah mula menyerapkan pengaruh Parsi dalam sistem pentadbirannya. Antara perubahan yang dilakukan ialah pemakaian pakaian dan perhiasan mewah oleh khalifah, penggunaan mahkota oleh khalifah, menggunakan gelaran tertentu, mengupah pengiring pemimpin dan sebagainya.
~Dari masa ke semasa, pemerintah Bani Umayyah dilihat berupaya melenyapkan ancaman - ancaman dalam negeri terutamanya pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan (65-86H/685-705H) sehingga beliau digelar sebagai The Father of King.
~Keadaan ini membolehkan khalifah - khalifah terkemudian menumpukan perhatian terhadap usaha - usaha mencapai kemajuan peradaban terutamanya dalam bidang politik dan kekuasaan.
~Khalifah Walid bin Abdul Malik dilihat gigih menyambung usaha memperluas daerahnya ke Afrika Utara (Maghribi) dan Eropah Barat (Andalusia).
~Musa bin Nushair dilantik sebagai Gabenor Afrika Utara setelah pasukan tenteranya berjaya menguasai wilayah tersebut. Beliau juga bertanggungjawab mengutus Tharif bin Ziyad menyeberangi lautan dan menakluki.
~Pada tahun 711H, Thariq bin Ziyad mendarat di sebuah selat yang kini dikenali dengan nama Selat Jabal Thariq (Selat Gilbraltar).
~Kejayaan Thariq bin Ziyad memasuki Andalusia membuka lembaran baru kekuasaan Islam. Usaha menduduki satu persatu wilayah di Eropah Barat seperti kota Cordova, Granada, dan Toledo berlaku dengan mudah dan senang.
~Ia juga menjadi pemangkin penyebaran Islam walaupun tidak semua penduduk Andalusia masuk Islam. Islam juga menjadi sebuah agama yang mampu memberikan motivasi kepada para pemeluknya untuk memajukan diri dalam berbagai bidang kehidupan sosial, politik, ekonomi, budaya, dan sebagainya.
~Selepas mengukuhkan kedudukannya di Andalusia, kerajaan Bani Umayyah telah berjaya memperlihatkan sumbangan peradabannya sama ada dari segi ekonomi, politik, sosial dan lain - lain lagi.
~Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuwan atau sarjan dan sumbangan yang diberikan mereka secara tidak langsung ia mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol.
~Sebagai contoh Ibnu Khaldun, Ibnu Sina dan Ibnu Rusyd, masing - masing telah memperlihatkan zaman kegemilangan mereka walaupun selepas Kerajaan Bani Umayyah, namun nama - nama ini telah menjadi suatu yang sinonim kepada para sarjana barat yang mengagung - agungkan ilmu yang mereka miliki.
No comments:
Post a Comment