Kerajaan Bani Umayyah

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH · Diasaskan oleh muawiyah bin abi sufyan bin harb bin umaiyah · Memeluk islam ketika pembukaan kota mekah · Dilantik sebagai gabenor syam pada zaman umar bin al-khattab · Beliau dipecat ketika ali menjadi khalifah, lantas timbul perasaan tidak puas hati · Beliau mula menunjukkan penentangan hingga berlaku perang siffin dan majlis tahkim · Selapas ali dibunuh oleh puak khawarij, muawiyah mengambil alih jawatan khalifah dari hasan bin ali, melalui beberapa syarat : - Muawiyah mesti memerintah berdasarkan al-quran dan sunnah - Sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga nabi muhammad - Pemilihan jawatan khalifah selepasnya hendaklah dibuat secara syura

Tuesday 16 February 2016


PENYEBARAN TAMADUN ISLAM KE EROPAH

ü Kecemerlangan tamadun Islam bukan sahaja membawa kemajuan di negara Islam Andalus malahan ia merbak dan menerangi negara-negara Eropah di sekitarnya sehingga diberi jolokan The torch of  Europe.

Jalan penyebaran Tamadun Islam ke Eropah:

a.     Peranan orang-orang Mozarab
Ø Panggilan kepada masyrakat Kristian
Ø Musta’ribun bermaksud orang-orang yang diarabkan
Ø Orang-orang Mozarab memainkan peranan yang amat penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan Islam ke Eropah
Ø Bible terpaksa diterjemahkan dalam bahasa Arab supaya boleh dibaca oleh orang Kristian

b.     Hubungan Diplomatik
Ø Wujud hubungan diplomatik di antara negara-negara Eropah dengan Andalus kerana berhasrat memajukan Eropah setanding dengan Andalus
Ø Menurut Petter, Elizabeth sepupu kepada Louis keempat dari Perancis dan Putera Dubant dari England sementara Jerman pula menghantar perutusan diketuai oleh menterinya bernama Williams pada masa pemerintahan Hisham I, Putera Phillips telah menghantar pelajar-pelajarnya mempelajari teknik dan methodologi

c.      Aktiviti penterjemahan
Ø Toledo merupakan pusat gerakan penterjemahan telah melahirkan ramai cendiakawan yang berjaya
Ø Banyak sekolah dan Universiti wujud di sekitar Andalus
Ø Buku “Al –Jadual al- Falaki” karangan Al-Khawarizmi diterjemahkan oleh Adelard of  Bath
Ø Penulisan Al-Kindi mengenai “kaji cuaca” telah dikaji secara terperinci oleh Roger Bacon
Ø Ibnu Khaldun merupakan pemikir sosiologi yang ulung

d.     Pembukaan Pulau Sicily
Ø Memainkan peranan yang penting dalam pemindahan Ilmu ke Barat. Faktor yang mempercepatkan proses keilmuan:
§  Guru-guru yang mengajar disekolah dikecualikan dari pemindahan tentera
§  Peranan pemerintah yang turut mencintai ilmu dan berusaha memperkembangkannya
§  Secara kebetulan pada zaman pemerintahan di Sicily pada abad ke-10 Masihi dan 11 Masihi, Qairawan telah muncul sebagai pusat kegiatan ilmu intelektual di Afrika Utara.

e.      Peranan Toledo dan Seville
Ø Memainkan peranan penting dalam pengaliran tamadun Islam di Eropah
Ø Toledo ditawan oleh Alfonso vi dari Castile pada tahun 478 hijrah/1085masihi
Ø Ramond I yang menjadi Archbishop Toledo merupakan orang pertama yang mendirikan Bahasa Latin

Ø “Order of  Preachers” telah menubuhkan Oriental Studies di Toledo
REFERENCES
Faktor-faktor Kecemerlangan Tamadun Islam di Andalus
        *Gesaan al-Quran dan al-Sunnah
·        Kanak-kanak dari keluarga miskin telah diberikan pelajaran secara percuma.
·        Dunia ilmu yang diperkenalkan telah mendapat sambutan dan penghanrgaan yang tidak ternilai oleh masyarakat.

       *Sokongan pemerintah
·        Sejak tahun 711-1492M, fenomena naungan politik para pemerintah terhadap kegiatan intelektual menjadi sebahagian terpenting daripada pencapaian kaum muslim di barat.
·        Seluruh lapisan masyarakat telah diperkenalkan dengan sistem pembelajaran yang intensif dan komprehensif mencakupi dunia dan akhirat.
·        Khalifah Al-Hakam telah mendirikan perpustakaan dan telah membeli buku-buku sebagai satu inisiatif.

       *Kestabilan Andalus
·        Keistimewaan komuniti andalus yang bersifat multi-racial seperti Islam, yahudi, kristian, mewujudkan daya saing dan budaya ilmu yang memberansangkan.
·        Sikap dan corak pentadbiran para khalifah yang tidak membezakan golongan memberi dorongan kepada semua lapisan masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.
·        Selain dari orang Islam, khalifah turut memberi pengiktirafan kepada cendekiawan-cendekiawan bukan islam seperti Moses ben maimon dan Salomon ben gabirol dari bangsa yahudi.

       *Sumbangan para ulama dan cendekiawan Islam.
·        Kerjasama dan usaha tanpa mengenal jemu oleh para ulama.
·        Pada awalnya para ulama hanya bertugas menyebarkan ilmu akidah tetapi secara perlahan mereka juga turut menyebarkan ilmu pengetahuan

Penulis : Maruwiah Ahmat
 ISBN 983 195 042 9
Tahun: 2003
Hlm: 164
Saiz: 5.75” X 8.25”




     Kisah Pemimpin Agung 'UMAR BIN.' ABD AL-'AZIZ


Umar b. Abd Aziz merupakan salah seorang pemimpin yang agung di zaman Bani Umayyah.
Beliau merupakan cermin pemimpin yang adil,berilmu,tekun ibadah,sederhana dan tawadhu'.

Umar b. Abd Aziz menjadi khalifah menggantikan Sulaiman B. Abd Malik. Beliau dilantik menjadi khalifah pada hari jumaat setelah solat jumaat. Hari itu juga setelah asar, rakyat dapat merasakan perubahan kebijaksanaan khalifah baru ini. Khalifah Umar b. Abd Aziz masih satu nasab dengan khalifah kedua, iaitu Khalifah Umar b. al Khattab dari garis ibu.

Khalifah Umar b. Abd Aziz pada masa pemerintahannya beliau berhasil memulihkan dan mengkondisikan negaranya seperti saat pemerintahan Khulafah Arrasyidin iaitu Abu Bakar,Umar al-khattab,Usman b. Affan dan Ali b. Abi Talib.

Kebijaksanaaan dan kesederhanaan hidup khalifah Umar b. Abd Aziz ini meniru seperti keempat-empat khalifah tersebut. Gajinya selama menjadi khalifah hanya 2 dirham per hari atau 60 dirham per bulan.Kerana itu ramai ahli sejarah menjuluki beliau dengan Khulafah Arrasyidin yang ke-5. Khalifah Umar b. Abd Aziz yang hanya memerintah selama 3 tahun kurang sedikit. Kepimpinan khalifah Umar b. Abdul Aziz yang tawadhu' dan kemampuan yang luar biasa dalam mengatur negara yang begitu besar dan luas tiada lain adalah anugerah Allah yang dilimpahkan kepada beliau, kerana sebab ilmu agamanya yang kukuh dan ibadatnya yang sesuai dengan tuntutan Rasulullah.

"Tidaklah aku melihat seorang yang solatnya paling menyerupai Rasulullah dibandingkan anak muda ini - yakni Umar b. Abd Aziz"


Umar b. Abd Aziz seorang khalifah Bani Umayyah
Anak kepada Abd Aziz b. Marwan salah seorang Gabenor Bani Umayyah
Ayahnya Abd Aziz merupakan murid dari sahabatnya Abu Hurairah
Khalifah Umar b. Abd Aziz  seorang yang mampu membawa umat Islam kepada keimanan,ketakwaan dan juga kesejahteraan.

Sumber dari

Buku          : Perjalanan Hidup Khalifah yang agung Umar Bin Abd Aziz ulama dan                                      pemimpin yang Adil.
Penulis       : Dr. Ali Muhammad Ash-Shallabi

Muka surat : 120-121

 

 
Oxford Fajar
Penulis : Johari Johar, Abd Rahim bin Ab Halim, Sabri bin Ab Ghani
 
 
 
 
 
Judul Buku      : Sejarah Peradaban Islam-   Rekayasa Sejarah Daulah Bani Umayyah
Penulis             : Dr. Nurul Hak, M. Hum
Penerbit           : Gosyen Publishing
Terbit               : Cetakan Pertama, 2012
Tebal               : X + 154 hlm; 14 x 20 cm
ISBN               : 978-602-9018-28-8

 

Nama Buku : Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Bani Umayyah
Berat: 1200 gram
Penulis: PROF.Dr. Abdussyafi Muhammad Abdul Latif
Penerbit:  PUSTAKA AL-KAUTSAR


KEDATANGAN ISLAM DI ANDALUS

§  ~Benua Afrika, terutama Afrika utara merupakan daerah yang penting dalam kaitannya dengan Andalus dan juga penyebaran Islam di Eropah.

§  ~Ia merupakan pintu gerbang kepada masuknya Islam ke wilayah yang selama berabad-abad lamanya di bawah kekuasaan Kristian.

§  ~Para sejarawan sepakat menyatakan bahawa kedatangan Islam ke Andalus adalah di bawah pimpinan Tariq ibn Ziyad yang telah memimpin pasukan tentera menyeberangi lautan Gibraltar menuju ke semenanjung Iberia itu.

§  ~Pasukan Islam yang hanya berjumlah 7000 orang itu perlu berdepan dengan tentera Visigoth yang berkekuatan 100,000 tentera lengkap bersenjata.

§ ~ Lalu bagi meningkatkan semangat dikalangan pasukan Islam, Tariq ibn Ziyad dikatakan mengarahkan agar kapal mereka dibakar dan beliau berpidato.

§ ~ Kalimat terkenal ini dikobarkan oleh Tariq bagi menaikkan semangat pasukan tentera Islam dan tercatat dalam sejarah penyebaran Islam ke Andalus di mana akhirnya tentera Visigoth tidak mampu melawan semangat pasukan jihad tentera Islam.

§  ~Ketika Andalus di bawah pemerintahan Rom, mereka telah membawa masuk orang-orang Yahudi yang mengakibatkan berlaku ketegangan antara orang Yahudi dan Kristian dan mereka sering berebut menduduki takhta pemerintahan.

§ ~ Ini telah melemahkan kerajaan Andalus sehingga memberi peluang untuk Islam menakluki rantau itu.

§ ~Kemenangan tentera pimpinan Tariq bin Ziyad telah membuka ruang untuk pasukan Islam terus menguasai Andalus sehingga Tariq dapat meneruskan penguasaan ke atas Cordova dan Toledo.

§  ~Sejak itu, Islam mula tersebar luas ke seluruh Andalus dan bermulalah penguasaan Bani Umayyah di Andalus.

§  ~Seramai 20 ornag Gabenor telah mentadbir Andalus dari tahun 718M-756M.
§  Gabenor yang pertama ialah Abdul Aziz ibn Musa ibn Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf ibn Abdul Rahman al-Fihri.

§  ~Sejak dari itu, kemenangan demi kemenangan dicapai oleh tentera Islam dalam usaha melebarkan penguasaan Islam di bumi Eropah termasuk bandar Zaragoza, Leon dan beberapa buah bandar lain.


§ ~ Pemerintahan Andalus terus kekal di bawah penguasaan kerajaan Bani Umayyah, walaupun Kerajaan Bani Abbasiyyah telah mula bertapak dan bertapak dan berpusat di kota Baghdad bermula pada tahun 132H/750M.
PERINGKAT KECEMERLANGAN ISLAM DI ANDALUSIA

  • Bermula pada zaman pemerintahan Abdul Rahman al-Dakhil(138H/756M)
  • Berlangsung dalam 2 peringkat pentadbiran yang penting iaitu peringkat pertama ialah era kepimpinan Umayyah yang memerintah tanpa campur tangan asing dan peringkat kedua merupakan era pemerintahan Umayyah yang tidak dipengaruhi oleh kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dari segi politik bersama semangat rohnya.
  • Abdul Rahman al-Dakhil telah memberi kemajuan dalam ketamadunan Andalusia.
  • Hisham merupakan pemimpin yang mengungguli syariah Islam manakala hakam didapati banyak memberi sumbangan dalam aspek ketenteraan.
  • Zaman Abdul Rahman III juga dikenali juga dengan nama Abdul Rahman al-Nasir.
  • Terdirinya pusat kecemerlangan ilmu iaitu Universiti Cordova memperlihatkan kejayaan pemerintahan beliau.


Image result for pemerintahan bani umayyah

PEMERINTAHAN ISLAM DI ANDALUSIA

  • Dilihat sebagai satu pemerintahan yang mementingkan kecemerlangan ketamadunan dari sudut ilmu, sosial dan masyarakat.
  • Tahap perkembangan Islam di Andalusia terbahagi kepada beberapa tahap iaitu tahap penubuhan dan pembinaan, tahap krisis dan pemberontakan, tahap kegemilangan dserta tahap kelemahan dan keruntuhan.
  • Aspek pemrintahan Islam di Andalusia membahagikan kepada tahap-tahap berikut iaitu zaman pemerintahan Gabenor, zaman pemrintahan Bani Umayyah, zaman pemerintahan Kerajaan Kecil, zaman penguasaan kerajaan Afrika Utara dan zaman pemerintahan Bani Nasr.
  • Pemrintah Islam berjaya mengawal masyarakat Andalus walaupun mereka mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza.
Pemerintahan Islam digambarkan berjaya menjamin hak-hak asasi kaum lain sehingga mereka boleh membantu dalam usaha meninggikan tamadun. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang menyatakan bahawa: 
               "after five centuries of Muslim rule during which the Jewish community had been allowed to follow their practices practically unhampered often with jews being given high-ranking posts in the administration of the country, and especially after Abdul Rahman I had become the Amir of Andalus in 756- their numbers had increased considerably."

Ini difahamkan bahawa:
  • Perpaduan antara kaum berasaskan jaminan terhadap hak-hak kaum minoriti sebenarnya boleh mebantu mewujudkan kestabilan selagi mana ia tidak bertentangan dengan hasrat pemerintahan.
ZAMAN UMAYYAH DI ANDALUSIA (661M-750M)

v Andalusia ialah istilah yang digunakan oleh ahli geografi Islam abad pertengahan, merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di Semenanjung Iberia yang meliputi Portugal dan Sepanyol moden.

v Penduduk di wilayah ini terdiri dari suku kaum Eropah dan kaum Berber.

v Orang-orang Phonecia telah menubuhkan kerjaan di Andalus diikuti orang Romawi dan Visigoth sehingga kedatangan Islam pada tahun 92H/711M.

v Tentera Islam di bawah pimpinan Tariq bin Zayid dan Musa bin Nusair telah memulakan lembaran baru di Andalus.

v Kecemerlangan Andalus di bawah pemerintahan Islam berlangsung hampir 8 abad, bermula dari kejayaan pasukan Tariq ibn Ziyad menguasai Andalusia pada tahun 711M sehingga kerajaan Nasriyyah atau Bani Ahmar mengakhiri pada tahun 1492M.

v Keunikan kedudukan Andalus, ditambah dengan kepelbagaian bangsa dan agama ketika pemerintahan Islam dan kecemerlangan ilmu yang berlaku telah menyebabkannya menjadi begitu penting dalam melihat sumbangannya terhadap ketamadunan dunia moden.

v Ilmu-ilmu seperti matematik,fizik, astronomi dan lain-lain pernah berkembang dengan pesat di Andalus.

v Nama-nama seperti Maimonides (1135M-1205M) seorang ahli teologi, pernah terkenal di Andalus semasa pemerintahan Islam, walaupun asalnya beliau adalah seorang Yahudi.

v Ketika itulah dikatakan bahawa zaman intelektual berkembang pesat dengan munculnya tokoh dalam kalangan umat Islam.


v Ibn Rushd (1126M-1198M) yang dapat berdialog mempertahankan idea-idea Islam dengan golongan Yahudi dan Kristian yang dipimpin oleh Tomas Aquinas (1225M-1274M).


Image result for kelalaian pemerintah bani umayyah

FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH
  • Sikap beberapa pemerintah yang mengabaikan ajaran Islam.
  • Kemewahan hidup yang dikecapi telah melalaikan pemerintah dengan tugas dan tanggungjawab kepada negara.
  • Wujud kembali semangat perkauman atau kabilah seperti di zaman Jahiliah.
  • Rakyat tidak puas hati dengan corak pemerintahan khalifah yang pincang dan berpaling tadah dan menyokong gerakan Abbasiyah.